26 Januari 2013
Bawani: Saya tidak cemar nama universiti
Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani menegaskan video konfrantasinya dengan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, bukan dimuatnaik olehnya atau parti pembangkang.
Sebaliknya, dakwa beliau, ia dimuatnaik oleh TvMyMahasiswa dan SW1M, menyebabkan video tersebut menjadi popular dan meletup hingga hari ini.
"Tindakan kedua pihak ini yang menyebabkan video ini hari ini menjadi begitu sensasi atau mencemarkan nama universiti.
"Saya tidak mencemarkan nama baik UUM dan saya hanya bercakap benar dan saya percaya itu tanggungjawab saya sebagai mahasiswa dan anak muda untuk membawa suara mahasiswa," kata Bawani.
Beliau menjawab kenyataan Naib Canselor Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata dakwaan Bawani bahawa mahasiswa tiada kebebasan bersuara dan dipaksa menghadiri forum itu, adalah "satu pembohongan dan menasihatkannya supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM".
Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Bawani menegaskan bahawa beliau tidak mereka-reka cerita berhubung mahasiswa dipaksa hadir ke forum itu, sebaliknya ia merupakan maklumbalas daripada pelajar yang hadir.
"Buktinya saya pernah hantar dalam laman facebook UUMKINI pada 8 Disember 2012 tentang ketidakpuasan saya tentang forum ini, di situ ramai pelajar UUM yang memberi pandangan bahawa DPP mereka mewajibkan mereka hadir, pelajar tahun satu diwajibkan hadir dan sebagainya," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui universiti tidak mengeluarkan surat rasmi mengarahkan semua pelajar diwajibkan hadir.
Mengulas lanjut, Bawani yang juga aktivis NGO JERIT berkata beliau bersetuju versi penuh video tersebut dimuatnaik supaya semua pihak dapat membuat pernilaian berhubung insiden tersebut.
"Saya difahamkan video versi penuh ada dimuatnaik tetapi telah diedit. Saya berharap versi penuh tanpa diedit termasuk video klip yang ditunjukkan kepada mahasiswa diupload supaya rakyat boleh membuat pertimbangan dan penilaian," katanya.
Malaysiakini
21 Januari 2013
Pierre Andre Pelakon Dan Pengarah Bersama Tuan Guru Menteri Besar Kelantan
Di pagi subuh 21 Jan 2013, para
selebriti yang menjadi tetamu Kerajaan Negeri Kelantan dalam program
Bicara Selebriti Siri-7 telah dibawa menziarahi Tuan Guru Menteri Besar
Kelantan di Masjid Pulau Melaka.
Alhamdulillah, hajat para selebriti yang sudah lama ingin bersua muka dengan Tok Guru telah dapat ditunaikan pada pagi ini. Tok Guru kelihatan ceria menyambut para selebriti sambil bercerita & memberikan nasihat kepada selebriti yang menjadi figure ikon kepada masyarakat
INFO :Facebook Rasmi Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.
Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.
Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.
Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.
Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).
Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.
Hafiz Yatim
Malaysiakini
LISTEN...LISTEN..LISTEN..Bawani: Saya berani kerana benar
Pelajar
jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani berkata
ibunya kini bimbang dengan keselamatan dirinya selepas video
konfrontrasi beliau dengan Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M)
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mendapat perhatian luas.
Bawani, 27, berkata beliau bagaimanapun memberitahu ibunya supaya tidak bimbang kerana beliau mendapat sokongan ramai.
"Sebenarnya,
saya rasa mak saya paling takut. Mak saya beritahu, 'berhati-hati tau,
jangan-jangan ada orang nak tembak awak'. Dia takut. Dia ada beritahu
(kepada saya).
"Selepas hari kedua, bila (video itu) dah meletup, (ibu kata) saya takut ni, (kalau) ada orang tembak kamu. Saya beritahu, saya rasa saya tak buat apa-apa salah, jadi saya tak perlu takut.
"Dan ramai sedang bersama saya untuk memperjuangkan apa yang benar," katanya aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Katanya, sekiranya perkara tidak diingini benar-benar berlaku ke atasnya, beliau hanya akan menghadapinya dengan senyuman kerana percaya bahawa beliau bertindak dengan betul "demi menegakkan keadilan".
Bawani menganggap dirinya sebagai orang biasa dan bukannya hero walaupun video berkenaan mendapat perhatian meluas.
Dengan merendah diri, beliau berkata ramai lagi individu lain dengan perjuangan yang berlipat kali ganda lebih besar daripadanya.
"Saya
bukan hero. Saya menyuarakan pandangan saya, dan jangan pandang saya di
langit. Saya mahu bersama rakyat di bawah. Saya tak takut, saya tak
buat salah. (Saya) berani kerana benar," tegasnya.
Menceritakan mengenai latarbelakangnya, Bawani berkata beliau terlibat dengan aktivisme dalam kemasyarakatan sewaktu menuntut dalam jurusan psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2005 hingga 2008.
Katanya, sewaktu berada di unverisiti, beliau aktif menyertai program kemasyarakatan seperti bertemu dengan penduduk ladang dan kampung serta peneroka bandar.
"Saya memutuskan untuk membantu orang, jadi saya belajar psikologi dahulu untuk mengetahui dan mendalami perasaan dan tindak tanduk manusia bagi menyelesaikan sesuatu masalah mereka," katanya.
Selepas graduasi dan mahu terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, Bawani bekerja sepenuh masa dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantu tugas setiausaha agung yang kini disandang oleh S Arutchelvan, tambahnya.
Tak minat jadi calon
Menurutnya, sewaktu bekerja di PSM, beliau memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana dalam bidang Klinikal Psikologi di UKM pada Disember 2008, bagaimanapun gagal dalam temuramah yang diadakan.
Ditanya
sama ada beliau berminat secara langsung dalam politik atau menjadi
calon dalam pilihan raya umum akan datang, Bawani berkata beliau belum
menjadi ahli PSM dan tidak berminat menjadi calon pilihan raya akan
datang.
"Saya rasa saya tidak ada apa-apa rancangan untuk bertanding, tapi saya akan meneruskan perjuangan saya. (Biar) masa depan akan menetukan segala-galanya.
"Saya sentiasa menyokong PSM. Saya rasa perti politik yang memperjuangkan fahaman ideologi saya adalam PSM," katanya yang bercita-cita menjadi peguam hak asasi.
Bawani berkata beliau menjadikan pemimpin gerila Bolivia Che Guevara sebagai idolanya kerana mengagumi perjuangan tokoh itu yang berjuang bersama rakyat sewaktu masih muda.
"Semua orang tahu beliau berasal dari Cuba yang berfahaman sosialis, yang mementingkan kesamarataan. Tidak ada kaya atau miskin. Semua sama rata... Itu prinsip yang sama minat iaitu perjuangan ideologi kesamarataan iaitu sosialis," katanya yang mula mengenali idola dan perjuangan Che sejak 2005.
Katana, beliau turut menonton filem yang berkaitan tokoh pejuang gerila itu seperti 'The Motocycle Diaries' (2004) arahan Walter Salles dan 'Che' (2008) arahan Steven Soderbergh.
Malaysiakini
Bawani, 27, berkata beliau bagaimanapun memberitahu ibunya supaya tidak bimbang kerana beliau mendapat sokongan ramai.
"Selepas hari kedua, bila (video itu) dah meletup, (ibu kata) saya takut ni, (kalau) ada orang tembak kamu. Saya beritahu, saya rasa saya tak buat apa-apa salah, jadi saya tak perlu takut.
"Dan ramai sedang bersama saya untuk memperjuangkan apa yang benar," katanya aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Katanya, sekiranya perkara tidak diingini benar-benar berlaku ke atasnya, beliau hanya akan menghadapinya dengan senyuman kerana percaya bahawa beliau bertindak dengan betul "demi menegakkan keadilan".
Bawani menganggap dirinya sebagai orang biasa dan bukannya hero walaupun video berkenaan mendapat perhatian meluas.
Dengan merendah diri, beliau berkata ramai lagi individu lain dengan perjuangan yang berlipat kali ganda lebih besar daripadanya.
Menceritakan mengenai latarbelakangnya, Bawani berkata beliau terlibat dengan aktivisme dalam kemasyarakatan sewaktu menuntut dalam jurusan psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2005 hingga 2008.
Katanya, sewaktu berada di unverisiti, beliau aktif menyertai program kemasyarakatan seperti bertemu dengan penduduk ladang dan kampung serta peneroka bandar.
"Saya memutuskan untuk membantu orang, jadi saya belajar psikologi dahulu untuk mengetahui dan mendalami perasaan dan tindak tanduk manusia bagi menyelesaikan sesuatu masalah mereka," katanya.
Selepas graduasi dan mahu terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, Bawani bekerja sepenuh masa dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantu tugas setiausaha agung yang kini disandang oleh S Arutchelvan, tambahnya.
Tak minat jadi calon
Menurutnya, sewaktu bekerja di PSM, beliau memohon untuk menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana dalam bidang Klinikal Psikologi di UKM pada Disember 2008, bagaimanapun gagal dalam temuramah yang diadakan.
"Saya rasa saya tidak ada apa-apa rancangan untuk bertanding, tapi saya akan meneruskan perjuangan saya. (Biar) masa depan akan menetukan segala-galanya.
"Saya sentiasa menyokong PSM. Saya rasa perti politik yang memperjuangkan fahaman ideologi saya adalam PSM," katanya yang bercita-cita menjadi peguam hak asasi.
Bawani berkata beliau menjadikan pemimpin gerila Bolivia Che Guevara sebagai idolanya kerana mengagumi perjuangan tokoh itu yang berjuang bersama rakyat sewaktu masih muda.
"Semua orang tahu beliau berasal dari Cuba yang berfahaman sosialis, yang mementingkan kesamarataan. Tidak ada kaya atau miskin. Semua sama rata... Itu prinsip yang sama minat iaitu perjuangan ideologi kesamarataan iaitu sosialis," katanya yang mula mengenali idola dan perjuangan Che sejak 2005.
Katana, beliau turut menonton filem yang berkaitan tokoh pejuang gerila itu seperti 'The Motocycle Diaries' (2004) arahan Walter Salles dan 'Che' (2008) arahan Steven Soderbergh.
Malaysiakini
02 Januari 2013
Pameran Kegemilangan Bolasepak Kelantan
Langgan:
Catatan (Atom)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab KTV Sport News. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman