Dikeluarkan pada: 08:50am pada 21 November 2011
SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT JINGGA)Dikeluarkan pada : 08.50 pagi 21/11/2011 Ditingkatkan daripada Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikemaskini pada 11:09 pagi 20/11/2011. Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Khamis, 24 November 2011. Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) Dikemaskini pada 08.50 pagi 21/11/2011. Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Perlis (Daerah Padang Besar, Kangar dan Arau) dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi) mulai Selasa malam, 22 November 2011 sehingga malam Khamis, 24 November 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. info : Jabatan Meteorologi Malaysia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan