KOTA BHARU, 12 Muharram 1433 H- Nabi Musa as telah dihantar ke dalam istana firaun dan telah diberi kebebasan untuk nabi Musa as bersuara sehingga dapat bertarung dengan Tukang Sihir firaun. Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah UM) menjawab soalan yang menyatakan jika rakyat Malaysia melakukan sesuatu (berhimpun) maka kita akan ke terbelakang di dunia ketika di Majlis Wacana Perdana di Balai Islam Ludang. Pada wacana itu juga,Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, menegaskan bahawa negara ini perlu melakukan perubahan demi masa depan semua.
Turut dijemput ke majlis Wacana Perdana ialah YB Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha PKR), Prof. Madya Dr Samsul Adabi Mamat ( Pensyarah UKM), YB Dato Saifuddin Abdullah (Ahli Majlis Tertinggi UMNO) sebagai Panelis dan wacana pada malam itu telah diModerator oleh Prof. Madya Dato' Dr Mohammad Agus Yusoff.
Para Panelis dan Moderator.
Wacana Perdana ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Kelantan sehingga ada hadirin yang terpaksa duduk bersila kerana hadirin yang hadir pada malam itu terlalu ramai. Wacana Perdana pada malam itu yang membincangkan topik " Pilihanraya ke -13, BN atau PR yang akan menerajui Putrajaya.
Turut hadir pada malam itu ialah YB Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ditemani oleh YB Us Baihaqi Atiqullah selaku Pengarah Wacana Perdana. Sebelum program itu tamat, YB Dr Mohamed Fadzli telah menyampaikan cenderahati kepada Panelis dan juga Moderator.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan