
KUALA LUMPUR: 25 aktivis ditahan sehingga jam 12.00 tengah hari ini sewaktu mengadakan protes di hadapan pintu masuk Parlimen termasuk Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.
Mereka kini dibawa ke IPD Dang Wangi.
Mereka adalah antara lebih 50 anak muda yang mengadakan protes di hadapan parlimen hari ini bagi mendesak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan.
Ada di antara mereka berbaring di tepi jalan menuju ke pintu masuk bangunan parlimen sementara menunggu rakan-rakan mereka yang lain menyerahkan memrandum kepada ahli-ahli parlimen.
Mereka mula mengadakan protes ini kira kira jam 9 pagi.
Kumpulan ini terdiri dari gabungan NGO anak muda yang sejak kelmarin berkampung dalam khemah di Padang Merbok sejurus tamatnya Himpunan Aman Black 505.
Antara kumpulan itu termasuklah GM13, NGO Royalti, Asalkan Bukan Umno (ABU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) antara yang terlibat dalam protes ini.
Antara tuntutan yang diminta oleh anak muda ini termasuk mendesak SPR diletakkan di bawah parlimen, menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat peranan SPR dan jabatan pendaftaran negara atas isu yang berbangkit pada PRU lalu.
Selain itu mereka turut menunut parlimen membincangkan tentang penipuan dakwat kekal dan perletakan jawatan dan permohon maaf secara terbuka oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Sementara itu, kumpulan mereka yang berkumpul dihadapan pintu masuk bangunan parlimen dihalang oleh pihak polis apabila cuba untuk memasuki kawasan parlimen.
Sebelum ini, berlaku sedikit pergelutan antara beberapa anggota kumpulan itu dengan pihak polis.
Polis turut menahan tiga daripada mereka termasuk aktivis pelajar Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.
HarakahDaily




KOTA BHARU:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Naib
Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota keluarga bersabar dengan
ujian yang dihadapinya hari ini.

Tinjauan
Harakahdaily di Hentian Bas Greenwood, Gombak mendapati, mereka
kebanyakan mereka berpendapat tindakan itu memberi bebanan teruk kepada
mereka khususnya bagi yang selalu menggunakan perkhidmatan bas.
"30
peratus bukan satu angka yang kecil rakyat tidak mampu, sepatutnya
persatuan bas tumpukan kepada keselesaan pengguna dan faktor keselamatan
penumpang bukannya untuk meraih keuntungan semata-mata," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Abdullah Awang Ahmad pula mendesak agar kerajaan mengekalkan had sedia ada.
KOTA BHARU: Sebagai
tanda sokongan padu kepada Menteri Besar Kelantan yang baru, Ustaz
Datuk Ahmad Yakob dan pembinaan Lebuh raya Rakyat, Tunjong Development
Corporation (TDC) Sdn Bhd telah menyumbang sejumlah RM25,000 untuk
menjayakan hasrat itu.