Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu, The Red Warriors yang menjuarai Liga Super 2011. didik Datuk M Karathu itu memalukan Sabah di hadapan penonton sendiri 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi. "Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan menjuarai Liga Super setelah menewaskan pasukan Sabah pada malam ini. "Rakyat Kelantan bangga dengan kejayaan ini, terima kasih," katanya yang mengirim ucapan itu melalui Twitter malam tadi. Nik Aziz yang juga Mursyidul AM PAS kini berada di tanah suci Makah menunaikan ibadah umrah dan dijangka akan kembali ke tanah air 10 Julai ini. Sementara itu, kedua-dua gol kemenangan Kelantan malam tadi itu dijaringkan peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha pada minit ke-5 dan ke-71. Bagaimanapun Kelantan cemas seketika apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76. Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat biarpun Sabah membuat asakan bertali arus menuju masa kecederaan untuk memburu gol penyamaan. Gawang Kelantan dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat. Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor (52) dan Terengganu (53). Sebaliknya Selangor menutup saingan musim ini dengan penuh kehampaan, apabila bukan sahaja gagal memintas Kelantan, sebaliknya tercicir ke tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh. Kedudukan naib juara pula menjadi milik Terengganu apabila berpesta gol dengan membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Negeri Sembilan menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah minit ke-59. Kedah menamatkan saingan di tangga keempat selepas menang 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan menerusi jaringan tunggal Mohd Fiqri Md Isa minit ke-69. HARAKAHDAILY |
07 Julai 2011
Liga Super: Nik Aziz utus tahniah dari tanah suci
Elektrik: Syarikat IPP diutamakan, rakyat diketepikan
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Senator Pakatan Rakyat mempersoal tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik sebelum selesai semakan semula terma-terma perjanjian pembelian tenaga (power purchase agreement-PPA) dengan pihak penjana tenaga bebas (IPP). Salah satu inisiatif semakan semula terma-terma PPA ini yang dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini adalah untuk mengurangkan keuntungan pihak IPP menerusi pengurangan bayaran yang akan mengurangkan kadar kapasiti yang dikenakan ke atas pihak TNB oleh pihak IPP. Senator Mumtaz Md Nawi dari PAS berkata, inisiatif ini menunjukkan kerajaan sedar terlalu banyak keuntungan yang diperoleh IPP namun dalam masa yang sama terus membebankan rakyat dengan menaikkan tarif elektrik. "Maknanya kerajaan sedar terlalu banyak keuntungan yang diperoleh IPP tapi mereka naikkan tarif (elektrik) sedangkan mereka boleh tunggu sampai akhir tahun, dah habis bincang dengan IPP baru naikkan tarif. "Bila kerajaan bincang dengan IPP sejauh mana mereka akan bertolak ansur kerana apa yang paling penting rakyat patut diutamakan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Semalam, Mumtaz dalam soal jawab lisan di Dewan Negara meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan siapakah pemilik Penjana Tenaga Bebas (IPP) serta status rundingan dengan IPP bagi meminda terma perjanjian untuk mengurangkan bebanan rakyat dan jumlah pendapatan yang dijana oleh IPP dari mula ditandatangani sehingga 2010 dan sumbangan kewangan langsung dari IPP terhadap rakyat dalam tempoh tersebut. Menteri dalam jawapannya memberitahu sebanyak 14 syarikat IPP yang telah diluluskan lesen untuk beroperasi di Semenanjung Malaysia antaranya TNB Janamanjung di Perak, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Port Dickson Power Bhd dan Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd. Kerajaan juga bersetuju untuk menyemak semula terma-terma PPA dengan pihak IPP yang merupakan sebahagian daripada inisiatif penstrukturan semula industri bekalan elektrik. Ekoran jawapan tersebut, Mumtaz berkata, kerajaan lebih mementingkan 14 syarikat tersebut yang menjana pendapatan sebanyak RM107 billion daripada tahun 1996 hingga 2010 dan mengenepikan kepentingan rakyat. "Terma apa yang dipinda? Ia mesti ada terma-terma yang nak dipinda dan bilakah ianya akan dipinda? Kenapa ianya tidak dipinda sebelum kerajaan menaikkan sebarang tarif elektrik? "Yang terlibat dengan IPP ialah 14 buah syarikat tetapi yang menerima kesan daripada peningkatan tarif elektrik ialah rakyat kira-kira 27 juta," katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Mumtaz turut mendakwa kejadian blackout semakin kerap berlaku meskipun kerajaan berkata IPP diperkenalkan untuk menstabilkan sistem pembekalan elektrik daripada mengalami gangguan seperti brownout atau blackout. Menteri juga memberitahu, pihak IPP diminta untuk menyumbang 1 peratus daripada jumlah hasil tahunan yang telah diaudit dengan mengambil kira kos bahan bakar bagi tahun sebelumnya kepada Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). Tambah Mumtaz juga, kerajaan seharusnya menjelaskan nilai sebenar 1 peratus itu. "Dalam kes ini berapakah nilai sebenar kerana sepatutnya mereka boleh mengemukakan nilai sebenar keuntungan bersih oleh IPP. "Hari ini selepas tarif elektrik dinaikkan kita lihat kes-kes melibatkan blackout masih lagi berterusan dan makin banyak dan ini tidak mencapai target sedangkan IPP mendapat untung yang besar. "Jumlah yang diminta 1 peratus satu kenyataan yang longgar. Sepatutnya jumlahnya yang kita nak tahu. Seolah-olah kerajaan terpaksa mengemis dengan IPP," katanya. Menteri memberitahu, jumlah sumbangan terkumpul yang telah diterima oleh AAIBE sejak ditubuhkan pada tahun 1997 hingga kini adalah sebanyak RM 929,798,911.80. Cukai luar biasa Sementara itu, Senator Dr Syed Husin Ali dari PKR dalam sidang media sama mencadangkan kerajaan mengenakan cukai luar biasa ke atas IPP sementara menunggu kajian PPA ini selesai. "Sekarang kerajaan nak kaji soal PPA dengan IPP dan sementara tunggu keputusan sepatutnya kerajaan boleh mengenakan cukai luar biasa (ke atas IPP)yang boleh dilakukan mengikut undang-undang kerana kita tak tahu bila kabinet akan buat keputusan. "Kita harap akan disegerakan dan mesti diadakan cukai luar biasa kerana keuntungan IPP itu terlalu besar dan tidak digunakan untuk kepentingan rakyat terbanyak," kata bekas timbalan presiden PKR itu. Hazayani Zakaria |
05 Julai 2011
Peniaga dedah jadi mangsa percaturan persatuan
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 5 Julai: “Kami menjadi mangsa percaturan persatuan. Kami kesal sangat dan tak sangka dipermainkan persatuan sendiri. ”Tapi kesal pun dah tak berguna dah sekarang. Begitu setia kami kepada persatuan ketika itu. Ketika diminta kerajaan negeri membuat pendaftaran awal kami enggan kerana mengikut arahan persatuan. “Sedangkan ada orang kuat Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB senyap-senyap daftar,” dedah seorang peniaga ketika ditemui di Bazar Tok Guru. Isu Bazar Tok Guru menjadi kalut apabila Umno Kota Bharu dan Kelantan bertengek di situ kononnya mahu membela persatuan dengan menghodohkan kerajaan negeri. Lebih setahun kerajaan negeri dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjadi mangsa kritikan media massa yang dekat dengan Umno. Kemuncaknya Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh mencetak risalah dikenali sebagai Khabar dan diedar di masjid-masjid bagi menghentam kerajaan negeri. Sedangkan nasib peniaga tetap dibela kerajaan negeri apabila mengurangkan harga asal daripada RM88,000 kepada RM65,000 di tingkat bawah dan satu. Malah peniaga juga diberi kelonggaran berniaga secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu. Peniaga terbabit mendedahkan lagi kerana percayakan persatuan mereka tidak mengindahkan kemudahan ditawar kerajaan negeri untuk mendaftar lebih awal. Rungutan serupa juga disuarakan beberapa lagi peniaga. Tanpa mahu mendedahkan nama mereka sekarang seperti sesal tak sudah. Sebahagian peniaga membuka kedai mereka mulai semalam. Selain ada juga peniaga sibuk memunggah barang ke dalam lot kedai. Biar pun sibuk mengemas dan menyusun barangan jualan, semakin ramai pelanggan datang membeli-belah. Bazar Tok Guru dijangka menjadi tumpuan ramai apabila berlangsung Ekspo masakan Cheng Ho (Kelantan Chengho International Food Festival 2011 - Kelchef). Program bertaraf antarabangsa itu pertama kali diadakan di negara ini, dianjurkan kerajaan Kelantan. Kelchef akan diadakan bermula 14 hingga 23 Julai ini berhampiran Bazar Tok Guru. Tahun lepas kerajaan negeri menganjurkan Ekspo Cheng Ho di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV. Seorang lagi peniaga, Sarina Abdul Rashid, 35, ketika ditemui berharap rezeki mereka bertambah di tempat baru terutama ketika berlangsung Kelchef. “Pelanggan tak ramai lagi kerana tempat baru. Saya minta kerajaan negeri terus mempromosikan tempat ini. “Kita juga berharap perasmian tempat ini diadakan sekali dengan solat hajat yang amalan biasa bagi umat Islam,” ujarnya. Zuraidah Ishak, 53, tersenyum pada hari kedua berniaga di Bazar Tok Guru kerana pelanggan mula datang. Rosnani Yusof, 35, pula mencadangkan PMBK membina peneduh tambahan bagi menghalang tempias apabila hujan lebat. Selain itu dibina pagar di setiap tangga bagi memudahkan warga emas dan kanak-kanak turun naik. |
04 Julai 2011
Kelantan sasar 5.8j pelancong
Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini.
“Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki,” katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.
Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan.
“Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri,” katanya.
Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati.
Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan.
“Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya
info .Interaktif Bunut Payong
03 Julai 2011
Kenyataan Media: Isu Tanah Tapak Stesen Teksi Pasir Puteh
LAPORAN BERITA BERNAMA.COM SABTU 2 JULAI 2011,
RADIO KELANTAN FM SABTU 2 JULAI 2011 DAN
AKHBAR SINAR HARIAN AHAD 3 JULAI 2011.
Merujuk kepada laporan berita bertajuk “PM Janji Beri Pejabat Baru Untuk Persatuan Kereta Sewa Pasir Puteh”yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Bernama.com yang bertarikh 2 Julai 2011, Sabtu, laporan berita bertajuk “PM Janji Hentian Teksi Baru” yang dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian Bil 1751 Ahad 3 Julai 2011 di muka surat K18, laporan berita radio Kelantan FM pada 2 Julai 2011, Sabtu, adalah dimaklumkan bahawa laporan berita adalah tidak benar dan berniat buruk serta menjatuhkan maruah Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan PKINK.
2. Pihak Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan ini menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang penjualan ke atas tanah tersebut pada masa ini kepada mana-mana pihak sebagaimana yang dilaporkan. Dengan demikian, tidak timbul sama sekali isu bahawa Kerajaan Kelantan merampas tanah tersebut dan menjual kepada syarikat swasta sebagaimana yang dilaporkan dan tanah tersebut masih menjadi hakmilik PKINK.
3. Pihak PKINK juga pada masa ini terus membenarkan Persatuan Pemandu Teksi untuk menggunakan tapak tersebut sebagai perhentian teksi.
Sehubungan dengan itu, PKINK dengan ini menuntut kepada BERNAMA, Sinar Harian dan Radio Kelantan FM supaya-
i. Memohon maaf secara bertulis dan terbuka kepada PKINK dengan menyiarkan di muka hadapan BERNAMA.Com, muka hadapan Sinar Harian dan tajuk utama berita radio Kelantan FM;
ii. Menarik balik berita sebagaimana yang disiarkan berkaitan perkara tersebut dan membuat pembetulan sebagaimana kenyataan dalam Perenggan 2 di atas.
Sekian, terima kasih.
MOHD SABRI BIN ABDULLAH
KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN
PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN
BERTARIKH: 1 SYAABAN 1432/ 3 JULAI 2011
TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH TIDAK PERNAH DIJUAL: KENYATAAN PM SALAH MAKLUMAT. - DATO HUSAM MUSA
Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Pasir Puteh pagi ini.
Dato’ Haji Husam Musa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Naib Presiden , Parti Islam SeMalaysia (PAS)1 Sya'aban 1432
2 Julai 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab KTV Sport News. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman