30 Oktober 2011

PIALA MALAYSIA 2011 - Negeri Sembilan Juara


SHAH ALAM, - Hobin Jang Hobin! Negeri Sembilan bangkit untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit dan muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga dalam sejarah penyertaannya dengan membenam Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam.

Gol kemenangan dijaringkan Hairuddin Omar pada minit ke-86 menerusi satu aksi akrobatik.
Ini merupakan gol di tahun ketiganya dalam pentas final Piala Malaysia di mana sebelum ini berjaya melakukannya bersama pasukan yang sama pada 2009 dan Kelantan pada 2010.

Penyerang sensasi, Hairuddin Omar memiliki peluang pertama untuk menguji Sharbinee Allawee seawal minit pertama lagi.
Minit ke-9 S. Kunanlan hampa apabila percubaannya beberapa ela di depan pintu gol melewati palang sungguhpun hantaran tersebut telah diatur cantik Shukor Adan.

Ternyata dua pasukan ini memiliki corak berbeza. Negeri Sembilan mengawal tempo permainan dengan hantaran-hantaran pendek sementara Terengganu pula mengintai peluang untuk melancarkan serangan balas.
Tetapi nada permainan mula bertukar apabila pemain-pemain Terengganu semakin yakin untuk melakukan skil individu.

Stadium Shah Alam akhirnya bergema dengan sorakan gol pada minit ke-59 selepas menerusi gerakan licik Abdul Manaf yang disempurnakan Ashaari walaupun cuba dihalang

Pada minit ke-80, dengan sedikit tuah, Sang Rusa beroleh gol penyamaan di luar jangkaan. Bola yang kelihatan tidak berbahaya dibiarkan melantun masuk ke dalam pintu gol oleh Sharbinee.
Selang enam minit kemudian, Hairuddin meranapkan penantian Terengganu selama 10 tahun dengan jaringan menarik untuk menewaskan Sharbinee buat kali kedua.

Sang Penyu kali ini gagal mengulangi aksi seperti di Piala FA yang lalu apabila buntu memburu gol penyamaan dalam tempoh lima minit masa kecederaan diberikan.

Kelantan TV News

Peluru dipos ke rumah Aziz Bari


Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.
Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
"(Dihantar dengan) pos biasa saja.
"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.
Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.
Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.
Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".
Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.
"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti  Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".
"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.
Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.
Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

Malaysiakini

28 Oktober 2011

PIKET - MTUC Akan Anjur Piket Di 16 Lokasi Seluruh Negara Bantah Pindaan Akta Kerja

 
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.
  
Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.
  
"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya dalam sidang media di Wisma MTUC di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.
  
Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam. Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
  
Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.
  
Abdul Halim berkata piket itu akan berlangsung antara jam 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.
  
Katanya MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.
  
"Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya.
  
Beliau berkata isu terbesar mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.
  
Katanya sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor itu bukan majikan tersebut menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  
"Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu," katanya.
  
Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut "merisaukan" MTUC.
  
"Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini," katanya.

- Bernama

AUDIT - KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan kerajaan


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.
Daripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

azlanDaripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan.

Malaysiakini

25 Oktober 2011

PROTES - Ceupacs Saran Penjawat Awam Lakukan Protes Kenaikan Harga Barang

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan 1.3 juta penjawat awam di negara ini melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang terutama ayam mulai bulan depan.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata protes boleh dilakukan dengan mengurangkan kekerapan ke pasar selain mencari alternatif yang lebih murah bagi membantah tindakan peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.
"Penjawat awam belum mendapat manfaat gaji naik dan bonus, peniaga dah mula ambik kesempatan," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs dengan ketua jabatan dan penjawat awam, di sini, Selasa.
Kata beliau masanya telah tiba bagi semua penjawat awam bersatu dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna.
Fenomena kenaikan harga barangan terutama ayam berlaku di seluruh negara termasuk di negeri ini dan kesannya semakin dirasai pengguna.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sebelum ini, dilapor berkata harga ayam di Sarawak kini antara RM9.50 dan RM11.50 sekilogram bergantung kepada lokasi, susulan kekurangan bekalan sejak bulan lepas.
Bagaimanapun beliau mejangka harga ayam kembali ke paras biasa iaitu antara RM7.50 dan RM8 sekilogram pada pertengahan bulan depan apabila bekalan kembali normal.-BERNAMA

Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan

Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan pada akhir tahun 2010 secara
keseluruhannya adalah memuaskan. 
Ini adalah disebabkan kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi Kerajaan Negeri mengalami peningkatan sejumlah RM51.07 juta atau 52.5% iaitu daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 kepada RM148.30 juta pada tahun 2010. Analisis 5 tahun Kumpulan Wang Disatukan dari tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan penurunan pada tahun 2007 dan 2008 dan kemudiannya meningkat pada tahun 2009 dan 2010.
KTV NEWS

LAPORAN AUDIT - Harga binokular 'zoom' (teropong visi malam) 29 kali lebih tinggi

NONE









Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’  atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.
Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:
  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
“Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya. Bagaimanapun pihak JTLM mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dapat dikenal pasti asas perkiraannya.

“Analisis Audit mendapati perbezaan harga yang ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggara harga pasaran,” petik laporan itu.

NONEIni adalah antara perbezaan harga barangan yang dibeli jabatan itu, yang dikenal pasti Jabatan Audit Negara melebihi antara 177 peratus hingga 2,805 peratus berbanding harga pasaran.

"Mengikut perkiraan Audit, perbezaan harga sejumlah RM172,501 sepatutnya boleh dijimatkan dalam menguruskan perolehan ini, dan semakan Audit mendapati tiada bukti jabatan itu telah membuat kajian pasaran sewajarnya untuk membeli barangan tersebut," demikian menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, hasil maklum balas daripada jabatan itu, kajian pasaran hanya dibuat berdasarkan pertanyaan lisan kepada Jabatan Perikanan Malaysia kerana pegawai yang menguruskan perolehan berkenaan tidak mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Selain itu, Jabatan Taman Laut Malaysia didapati membuat pembayaran penuh bagi beberapa peralatan yang dibekalkan kontraktor tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak.

Ini menyebabkan kerajaan terlebih bayar RM100,517 kepada kontraktor, bagaimanapun, bayaran itu tidak termasuk enjin utama dan kotak gear.

azlanLaporan itu juga menyatakan bayaran denda ke atas Syarikat Kejuruteraan Kapal Masai Sdn Bhd, yang diberikan tanggungjawab membina bot aluminium semua cuaca kerana gagal menyiapkan bot itu mengikut perjanjian, adalah lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 sebagai denda namun hanya mengutip RM23,792.56 iaitu kurang RM28,801.52.

Oleh itu, Audit berpendapat jabatan tersebut perlu mengutip balik baki denda daripada kontraktor berkenaan dengan segera.     

Jabatan Audit juga mencadangkan agar Jabatan Taman Laut Malaysia menilai setiap tender dengan teliti bagi memastikan harga yang ditawarkan dapat memberi nilai berbaloi dengan apa yang dibelanjakan kerajaan.

"Jabatan itu juga perlu menjalankan pemeriksaan semula terhadap semua syarat yang ditetapkan dalam kontrak, serta melaraskan pembayaran yang terlebih bayar bagi peralatan yang tidak dibekalkan, atau pembekalan tidak mengikut spesifikasi," kata laporan itu.

Malaysiakini

LAPORAN AUDIT - Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi

NONE











Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:
  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • NONEDapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

NONELaporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.
Laporan itu juga memberi komen bahawa Giatmara perlu menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.

Beli peralatan, bekalan eletrik tiada

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul.

Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut.

NONELaporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.

Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.

Malaysiakini

LAPORAN AUDIT - MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

NONE












Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.

Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Kuda-kuda itu dibeli daripada:
  • Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
    NONE
  • Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
Lapan belas kuda yang ‘ditolak’ itu berharga RM3.94 million dan telah diagihkan kepada beberapa agensi kerajaan:
  • Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga)
  • Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua)
  • Universiti Putra Malaysia (tiga)
  • Universiti Teknologi Malaysia (dua)
  • Majlis Sukan Terengganu (dua)
  • Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)

MALAYSIAKINI

24 Oktober 2011

Gempa Bumi Di Turki: Hampir 1000 Maut

ANKARA - Hampir 1,000 orang dianggarkan terbunuh selepas gempa bumi kuat melanda wilayah di timur Turki, semalam, menurut pusat gempa negara itu.

Beberapa jam selepas gempa melanda, Persatuan Bulan Sabit Merah dan kerajaan Turki melaporkan 45 bangunan termasuk pangsapuri dan dormitori runtuh di bandar Van, timur Turki, semalam, selepas dilanda gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter itu.

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian berjaya menyelamatkan lebih 50 mangsa tercedera yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Angka korban dijangka meningkat ketika anggota penyelamat giat mencari mangsa di bawah runtuhan dan tiba di kawasan perkampungan.
Puluhan ribu orang meluru keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri sambil menjerit atau cuba menghubungi sanak saudara menerusi telefon ketika bangunan pejabat kediaman retak atau runtuh.
"Ramai terperangkap di bawah runtuhan. Mereka sedang menderita," kata Datuk Bandar Daerah Celebibag, Veysel Keser.


Celebibag terletak berhampiran kawasan paling turuk dilanda bencana itu, Ercis, berhampiran sempadan Ran dan antara zon gempa bumi.
Gemps bumi itu melanda pada 1.41 petang

Sumber : AP
Gambar : REUTERS

MotoGP Malaysia 2011 Batal Akibat Kematian Pelumba Itali


SEPANG – Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad.
Simoncelli berusia 24 tahun.
Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.
 
Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.
Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.
Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

22 Oktober 2011

Aziz Bari: Timbalan menteri harap UIA tarik balik

   
 




















 KUALA LUMPUR, 22 Okt: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berharap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau menyatakan demikian dalam SMS yang dihantar kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, pagi ini.
Ini, katanya kerana Dr Aziz belum disabit kesalahan.
Bagaimanapun, beliau berkata itu hanya pandangannya dan menghormati autonomi universiti.
Beliau antara lain menyebut telah membaca surat tunjuk sebab universiti kepada Dr Aziz dan mendapati kandungannya tidak sesuai.
Baginya, seksyen 15(1) yang digunakan UIA terhadap pakar undang-undang itu adalah tidak menggunakan pertimbangan yang baik, lagipun Dr Aziz tidak dipanggil sebelum surat tunjuk sebab itu dikeluarkan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh juga berharap pihak UIA tidak mengambil tindakan terhadap para mahasiswa yang mengadakan demonstrasi membantah penggantungan Dr Aziz selepas solat Jumaat, semalam di pekarangan masjid UIA.

Harakahdaily 

Kelantan dicadang tawar Aziz Bari profesor pelawat

   
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Datuk Husam Musa (gambar) mencadangkan Kelantan menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi beberapa buah IPT kerajaan negeri.
“Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS,” katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau merakamkan ucapan takziah kepada Abdul Aziz yang telah dikenakan tindakan separa barbaric oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi pihak kerajaan Umno BN.
“Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.
“Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Dr Aziz kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.
Katanya, kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini.
Katanya, Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan.

Harakahdaily   

21 Oktober 2011

Krisis Aziz Bari & UIA: Kenyataan Media

Saya rakamkan ucapan takziah kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang telah dikenakan tindakan separa Barbaric oleh UIA, bagi pihak kerajaan Umno-BN.

Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya ser...ta dihapuskan.
...
Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran.

Dalam masa yang sama, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.

Kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengahari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini.

Saudara Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan.

Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS.

Sekian, terima kasih

DATO' HUSAM MUSA
Naib Presiden PAS
Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Jangan hukum Aziz Bari kerana tekanan pihak ketiga, gesa staf akademik UIA


KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.
Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.
“Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia,” kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.
Tegas kenyataan itu, Aziz (gambar) merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
Justeru katanya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat.
“Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara,” kata kenyataan itu lagi.
Sebaliknya kenyataan menegaskan, Aziz tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.
Aziz yang disiasat polis dan SKMM diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan digantung tugas.
Kenyataan itu menambah, sebagai seorang ahli akademik, Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.
“Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini,” katanya lagi.
Kenyataan itu juga menambah, “kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu ‘precedence’ pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.”
Ia juga menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.
“Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara,” katanya sambil menambah, “kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco.”

The Malaysian Insider

20 Oktober 2011

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan - Konsep Unik Stadium Beserta Masjid Dibina Mac 2012

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh pada awal Mac tahun depan dengan konsep unik stadium bersama masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, jawatankuasa induk dalam projek pembinaan kompleks sukan dan stadium itu akan melantik pemaju terpilih pada akhir Disember ini....

”Pada awal Mac tahun depan, kerja-kerja awal akan dimulakan di tanah milik kerajaan negeri bagi mengelakkan kos pengambilalihan tanah. Sebahagian projek itu untuk kompleks sukan manakala sebahagian lagi untuk tujuan komersial bagi menampung kos pembinaan stadium baru ini.

”Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan 49.2 hektar tanah di Bukit Merbau yang reka bentuknya hasil ilham Menteri Besar sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaqi Atiqulah (Pas-Pasir Tumboh) yang mengemukakan soalan tarikh fasa pertama stadium baru dimulakan.

Husam berkata, konsep stadium bersama dengan masjid itu menjadi pilihan bagi penyatuan sukan dan agama supaya seiring.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang meragui kemampuan kerajaan negeri membina projek besar seperti stadium baru itu, beliau berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sejarah Stadium Sultan Muhammad IV juga dibina zaman pemerintahan Pas selepas pilihan raya 1964.

“Ketika itu Pas boleh melaksanakannya dan tidak mustahil sekarang kita akan bina di atas tanah milik kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengumumkan pembinaan stadium tersebut berkata, cadangan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Mengenai pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, beliau berkata, kerajaan Kelantan serius menimbangkan pembinaan lebuh raya dari terbabit dengan kerjasama dengan pihak swasta.

Katanya, ini berikutan sikap kerajaan Pusat yang dilihat tidak serius di dalam memenuhi keperluan rakyat Kelantan yang semakin mendesak termasuklah menafikan keperluan projek ini di dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10
oleh ; Official Supporters Page of Husam Musa

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan - Wang Pendahuluan Dibayar, Projek Jalan Tak Buat

KOTA BHARU, 19 Okt: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini mendedahkan sebuah syarikat milik pemimpin Umno yang telah dibayar wang pendahuluan, namun projek belum dijalankan sehingga sekarang.

Syarikat terbabit dikatakan dibayar wang pendahuluan sebanyak RM5 juta pada Julai 2008 bagi membina laluan empat lorong dari Kota Bharu ke Melor.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, pembayaran pendahuluan dibuat JKR kepada syarikat tersebut selepas mendapat surat tawaran projek.

“Mengapa jalan tersebut tidak dibina lagi sehingga sekarang. Kalau tidak mahu buat duit pendahuluan itu hendaklah dikembalikan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).

Menurutnya beliau tidak berminat untuk mengetahui kemelut politik yang berlaku di sebalik syarikat berkenaan.

Oleh itu beliau berharap Mohd Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dun Kelantan membantu menyelesaikan masalah tersebut memandangkan projek jalan empat lorong sudah lama dilulus kerajaan.

Sebelum itu Alwi turut merakamkan ucapan tahniah di atas keberanian kerajaan negeri membina sendiri jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai selepas projek itu ditarik balik kerajaan pusat.

”Tahniah kepada kerajaan Kelantan yang berani dan berstrategi. Ia harus diteruskan. Projek jalan raya itu ditarik balik bukan disebabkan faktor politik.

”Sebaliknya masalah kontraktor yang diberi tawaran membina jalan tersebut sering menuntut tambahan kos pembinaan kepada kerajaan,” katanya.

Ketika menjawab soalan Datuk Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) Husam berkata, pembinaan jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai belum dimuktamad sama ada akan dikenakan tol atau sebaliknya.

Kata beliau kalau kerajaan negeri mempunyai kewangan yang mencukupi jalan raya itu tidak perlu dikenakan tol.

Menurutnya kerajaan negeri cuba menjimatkan kos pembinaan dengan memastikan laluannya di atas tanah milik kerajaan dan mengurangkan jumlah pembinaan jambatan.

Menjawab soalan tambahan Mohamad Mustafa (PAS-Demit) katanya kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri jalan raya tersebut selepas lama dipinggirkan kerajaan pusat.

Katanya projek pembinaan jalan raya berkenaan sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) dan diluluskan pembinaan pada RMK-10.

Bagaimanapun projek tersebut ditarik balik dan menteri pula mengakui kerajaan pusat tidak ada peruntukan.

”Selama 15 tahun kita tunggu projek tersebut namun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. Jadi projek yang kita rancang dengan kerjasama swasta tiada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

Malah katanya Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal mentadbir Kelantan menulis surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan lapan projek yang perlu dilaksanakan di Kelantan.

Antaranya menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, membina pelabuhan dan lebuh raya.

Pada pembentangan Belanjawan Kelantan 2012 semalam, Menteri Besar berkata, kerajaan serius menimbangkan pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dengan kerjasama swasta.

Ini kerana kerajaan pusat dilihat tidak serius termasuk menafikan keperluan projek tersebut dalam RMK-9 dan RMK-10.

Katanya, banyak permohonan diterima daripada pihak swasta yang berminat bagi melaksanakan projek lebuhraya sepanjang 63 kilometer itu.

15 Oktober 2011

Juara bertahan tumbang



KOTA BHARU – Juara bertahan, Kelantan menamatkan cabaran lebih awal dalam kempen Piala Malaysia musim ini setelah tewas menerusi agregat 5-3 kepada musuh tradisinya.

Pada aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi, Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mencipta kebangkitan setelah sekadar seri 2-2 dengan Terengganu.

Dua gol dalam babak pertama menerusi jaringan pemain kebangsaan, Mohamad Ashaari Shamsuddin pada m-18, 39 pada perlawanan yang meruntuhkan semangat juang barisan pemain Kelantan untuk mencipta kejutan luar biasa perlawanan malam tadi.

Seawal minit keempat, Kelantan yang turun dengan misi memburu dua gol memulakan ancaman apabila hantaran lintang Khairan Eruan Razali di tanduk Azamuddin Mohd Akil cantik namun sedikit tersasar di atas pintu gol Terengganu.

Enam minit kemudian, giliran Terengganu pula melakukan percubaan pertama ke pintu gol Kelantan menerusi rembatan kencang pemain tengahnya, Joseph Kalang Tie dari jarak 30 meter tinggi namun melewati pintu gol.

Selang seminit kemudian, Kelantan hampir memperolehi gol pembukaan yang dinanti-nantikan menerusi percubaan Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi namun rembatan kencangnya daripada luar kotak penalti terkena palang gol pasukan pelawat.

Begitupun, tujuh minit kemudian, Terengganu mengejutkan tuan rumah apabila apabila pemain sayapnya, Mohamad Ashaari Samsuddin menjaringkan gol pertama untuk pasukannya.

Berpunca hantaran jauh oleh Abdul Hadi Yahaya dari tengah padang, Mohamad Ashaari bijak melepasi perangkap ofsaid barisan pertahanan Kelantan sebelum merembat kencang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol pertama pasukannya.

Ternyata gol tersebut memberikan tekanan kepada anak buah Datuk M Karathu untuk kembali memburu gol penyamaan. Pada m-20, Muhd Badhri yang tidak dikawal oleh pemain pasukan pelawat sekali lagi mempersiakan peluang terbaiknya apabila memilih untuk menyepak tinggi melepasi jangkauan pintu gol Terengganu.

Sebaliknya Terengganu kembali mengganas seminit kemudian, menerusi gerakan solo Abdul Manaf Mamat yang berjaya memperdayakan S Subramaniam namun rembatan derasnya pula diselamatkan Khairul Fahmi.

Peluang terbaik Kelantan untuk menyamakan kedudukan hadir sekali lagi pada m-25 kali ini menerusi rembatan kencang Norshahrul Idlan Talaha namun tindakan bijak penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli melayangkan badan menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.

Badi kesukaran untuk menjaringkan gol terus menghantui Kelantan pada m-37 apabila sepakan percuma Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid daripada luar kotak penalti hanya singgah di tiang gol Terengganu.

Namun dua minit kemudian, Mohamad Ashaari memastikan kedudukan agregat berubah menjadi 5-1 apabila meledakkan gol kedua untuk pasukannya. Abdul Hadi sekali lagi menjadi inspirasi kepada jaringan tersebut apabila hantarannya bijak dimanfaatkan oleh Mohamad Ashaari yang merembat kencang di dalam kotak penalti untuk gol kedua.

Bersambung babak kedua, Kelantan yang dilihat semakin tertekan terus melipat gandakan asakan dan kesilapan Mohd Sharbinee Allawee yang gagal menangkap kemas bola dihukum oleh Azamuddin menerusi tolakan mudahnya untuk gol pertama Kelantan pada m-54.

Ternyata gol tersebut membakar semangat juang barisan pemain Kelantan namun masih tidak cukup untuk diterjemahkan dalam bentuk jaringan apabila percubaan Muhd Badhri pada m-57 diselamatkan Mohd Sharbinee Allawee manakala tandukan S Subramaniam empat minit kemudian tersasar di sebelah kiri pintu gol Terengganu.

Pada m-70, pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan setelah bola terkena tangan Ketua Pasukan Terengganu, Mohd Mazuki Yusoff. Sepakan yang diambil Muhd Badhri menerjah penjuru kiri berjaya menghasilkan gol penyamaan untuk Kelantan.

Ternyata gol kedua tersebut kembali membakar semangat namun ketangkasan Mohd Sharbinee Allawee di gawangnya terus menafikan hajat Kelantan untuk menambahkan jaringan apabila percubaan Norshahrul Idlan Talaha pada m-72 dan sepakan percuma Mohd Rizal Fahmi lima minit kemudian terlalu mudah diselamatkan oleh beliau.

Sebaliknya pasukan Terengganu yang banyak bertahan dan hanya sekali-sekala melakukan serangan pada babak kedua turut berpeluang untuk menambahkan jaringan pada masa kecederaan namun percubaan pemain gantian, Mohamad Zharif Hasna diselamatkan Khairul Fahmi sebelum pengadil meniupkan wisel perlawanan yang mengesahkan juara Piala FA musim ini mara ke separuh akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

SINARHARIAN

Sultan Kedah Dipilih Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14

 

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini Jumaat.
Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Dis depan untuk tempoh lima tahun.

       Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

      Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975. Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.
Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah. Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 6 Okt 1969. - BERNAMA

14 Oktober 2011

21 tahun: Kelantan anjur pertandingan kreatif

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 13 Okt: Sempena sambutan 21 tahun pemerintahan PAS di Kelantan pada 21 Oktober ini, kerajaan negeri itu akan menganjurkan pertandingan fotografi, klip video dan poster kreatif berkisar tentang 'Kelantan'.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Ahmad Baihaki Atiqullah berkata pertandingan itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia termasuk anak Kelantan menggunakan kreativiti masing-masing bagi menggambarkan suasana pemerintahan yang diasaskan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Pertandingan bermula sekarang dan tarikh tutupnya pada 3 November 2011, manakala majlis penganugerahan kepada pemenang disempurnakan Menteri Besar dijangka diadakan pada 19 November 2011,” katanya yang juga Pengarah Program.
Mengulas lanjut, Ahmad Baihaki berkata pertandingan itu keseluruhannya berkaitan dengan ‘Kelantan’.
“Kita mengharapkan penyertaan dari semua kaum.
“Kita tidak mahu satu bangsa (Melayu saja) yang menyertai pertandingan, bahkan penyertaan semua kaum asalkan mereka mampu ‘menggambarkan Kelantan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh.
Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media khas sempena pelancaran pertandingan itu di sebuah restoran di sini semalam.
Menurutnya, borang penyertaan boleh didownload di laman web kelantankreatif.com dan di facebook.com/Kelantan kreatif.
Beberapa tema ditetapkan termasuklah Membangun Bersama Islam, Kelantan Menerajui Perubahan, Kelantan Negeri Berkebajikan, Anak Muda Kelantan Bermaruah dan Spirit Of New Generation Revolution.
Bagi kategori Fotografi, tempat pertama RM700 berserta iPad dan hadiah iringan.  Tempat kedua, RM500, ketiga RM400 dan 10 saguhati (10 orang) RM100 setiap peserta.
Kategori Klip Video, tempat pertama RM1,000 berserta iPad dan hadiah iringan, tempat kedua RM800, ketiga RM500 dan lima saguhati (lima orang) RM200 setiap peserta.
Bagi hadiah kategori Poster Kreatif pula, tempat pertama RM500 berserta iPad dan hadiah iringan. Tempat kedua RM400, ketiga RM300 dan 10 saguhati (10 orang) RM100 setiap peserta.

13 Oktober 2011

820,156 pemilih baru tahun lalu, naik tiga kali banding 2009

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Bilangan pengundi baru yang didaftarkan sepanjang tahun lalu telah meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2009, antara lain dipercayai didorong oleh spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dan peranan aktif parti-parti politik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima seramai 820,156 orang sebagai pemilih baru tahun lalu berbanding hanya 276,621 tahun sebelum itu.
Angka lebih 800,000 itu menyamai persekitaran ketika 1999.
Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dari DAP bahawa jumlah permohonan pendaftaran baru berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.
Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa.
“Berdasarkan trend, jumlah permohonan adalah rendah dalam tempoh selepas berakhirnya pilihan raya umum dan akan berlakunya peningkatan yang ketara dalam jumlah permohonan apabila masyarakat umum menjangkakan tarikh pilihan raya sudah semakin hampir,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini The Malaysian Insider ada melaporkan bahawa pendaftaran bagi setiap suku sepanjang setahun lalu telah mengalami peningkatan drastik berbanding tempoh satu tahun selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Masih ada lebih tiga juta orang belum mendaftar sebagai pengundi.
Menjawab soalan Liew mengenai bilangan pegawai SPR yang ditugaskan di seluruh negara untuk memproses pendaftaran pemilih baru, beliau memberitahu bahawa SPR mempunyai 132 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap.
Di samping itu, sehingga Ogos lalu, SPR melantik seramai 10,865 Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang terdiri daripada 2,845 wakil parti politik, 3,992 wakil jabatan dan 779 wakil pertubuhan.
Mereka membantu SPR menerima permohonan pendaftaran baru dan pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
“Pelantikan ini adalah bagi tempoh tertentu dan penamatan boleh dilakukan pada pada bila-bila masa bergantung pada syarat-syarat yang ditetapkan SPR,” katanya.
Sementara itu, peruntukan yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran pemilih berjumlah RM500,000.

The Malaysian Insider

Cegah sebarang insiden buruk

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mempertingkatkan tahap kawalan keselamatan bagi mencegah daripada berlakunya sebarang insiden buruk dalam pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia, di antara Kelantan menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan khusus dengan pihak keselamatan bagi memastikan perlawanan sengit di antara kedua-dua pasukan itu dapat dilangsungkan dengan lancar tanpa insiden buruk berlaku.

“Pemeriksaan rapi akan dilakukan ke atas setiap penyokong yang memasuki stadium bagi memastikan tidak ada sebarang bahan terlarang seperti botol minuman, mercun dan bunga api dibawa masuk yang mana boleh mengganggu dan mencederakan orang ramai.

“Selain itu, anggota keselamatan yang berpakaian biasa juga akan ditempatkan di dalam kawasan stadium sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk mengelakkan berlakunya kesesakan, pintu masuk stadium akan dibuka seawal jam enam petang.

“Kita minta para penyokong Kelantan berikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa. Jangan cetuskan provokasi dan berikan sokongan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Khidmat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga turut dikerah bagi memantau sepanjang perlawanan ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Kawalan Pintu dan Tiket Kafa, Datuk Othman Zakaria berkata, tiket perlawanan membabitkan pertemuan suku akhir kedua ini akan dijual hari ini bermula jam sembilan pagi.

“Kita memutuskan jualan tiket dilakukan sehari awal (hari ini) sebelum perlawanan bagi membolehkan para peminat mendapatkannya lebih awal. Sekiranya tidak habis dijual, kita akan menjual pada hari perlawanan tersebut (Jumaat).

“Peminat boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket perkarangan stadium. Untuk pemegang tiket tempat duduk astaka, kita nasihatkan mereka tidak membawa anak mereka memandangkan tempat duduk adalah terhad.

“Kafa memperuntukkan 20,000 keping tiket dijual untuk perlawanan ini. Sehubungan itu saya berharap para penyokong tidak panik untuk mendapatkan tiket tersebut. Nasihat saya jangan beli daripada ulat sebaliknya beli terus di kaunter yang kita tetapkan,” katanya.

Menurut Othman, pihaknya turut menyediakan ruang untuk para penyokong menunaikan solat di dalam stadium.

Pihak Kafa menetapkan harga tiket bagi perlawanan ini ialah RM5 untuk kanak-kanak, RM15 (tempat duduk terbuka), RM20 (astaka dua) dan RM30 bagi tempat duduk astaka utama.,SinarHarian

12 Oktober 2011

Pertandingan Fotografi, Video dan Poster Grafik anjuran Kerajaan Negeri Kelantan


         
KOTA BHARU, 10 OKT - Kerajaan Negeri Kelantan melalui  Kelantan Kreatif akan menganjurkan pertandingan fotografi, klip video dan poster grafik, ianya terbuka kepada semua kaum secara percuma.
      
Pertandingan Fotografi, KlipVideo dan Poster Grafik (KREATIF) merupakan satu pertandingan bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej. Ia diadakan bersempena 21 tahun pemerintahan kerajaan negeri Kelantan “Membangun Bersama Islam”.
      
Pertandingan ini akan memberi peluang kepada para peserta yang ingin menyertai pertandingan, berusaha menghasilkan satu hasil yang akan dikongsi bersama untuk tatapan rakyat Kelantan dan Malaysia umumnya.
Objektif pertandingan adalah untuk memupuk minat dan kreativiti di kalangan rakyat melalui ICT.
serta mencetus keterujaan dikalangan rakyat terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif.
       
Pertandingan anjuran kerajaan Negeri Kelantan ini akan bertemakan Membangun Bersama Islam, Kelantan Menerajui Perubahan, Kelantan Negeri Berkebajikan, Anak Muda Kelantan Bermaruah dan Spirit Of New Generation Revolution.
       
Pertandingan akan dihakimi oleh Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Jabatan Media  UM), Pete Teoh (Penerbit Klip Video ’Undilah’) serta Kuku Besi. Banyak hadiah-hadiah menarik disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.dan Kelantan Kreatif bagi pertandingan ini


Bagi pertandingan fotografi hadiah pertama adalah wang tunai berjumlah RM700.00,hadiah misteri berserta iPad. Hadiah kedua RM500.00. hadiah ketiga RM400.00 dan sepuluh hadiah saguhati bernilai RM100.00 setiap seorang
        
Pertandingan klip video pula hadiah pertama wang tunai berjumlah RM1000.00,hadiah misteri berserta iPad, Kedua RM800.00. hadiah ketiga RM500.00 dan lima hadiah saguhati bernilai RM200.00 setiap seorang
       
Dan bagi pertandingan poster kreatif hadiah pertama adalah wang tunai berjumlah RM500.00,hadiah misteri berserta iPad. Hadiah kedua RM400.00 serta bagi hadiah ketiga RM300.00 dan sepuluh hadiah saguhati bernilai RM100.00 setiap seorang
       
Untuk menyertai pertandingan ini, anda bolehlah mengisi borang yang telah sediakan dilamam web Kelantan Kreatif  http://kelantankreatif.comSila muat-turun, isi, kemudian hantarkan kepada pihak kami melalui alamat yang tertera di borang tersebut.Tarikh tutup pertandingan 3.11.2011 hantar cepat sebelum terlambat

oleh ; Puji KTV
Kelantan TV News

11 Oktober 2011

Jais sahkan Bob Lokman ditahan kerana tiada tauliah

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pihaknya menahan pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah agensi itu di Hulu Langat dekat sini malam tadi.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Jais mengesahkan satu tangkapan telah dibuat ke atas pelakon dan penghibur, Bob Lokman atas ceramah yang dlakukannya di Masjid Sg. Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober (semalam).

“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais. Tangkapan dibuat berdsrkan maklumat awam,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau dipercayai ahli dan pemimpin kedua PAS dikenakan tindakan oleh Jais.

Referee Malaysia Rosak Corak Permainan.

Liga Malaysia diselubungi keputusan berat sebelah para pengadil. Dari minggu ke minggu ternyata masalah pegawai perlawanan menjadi satu isu yang cukup hangat kepada para penyokong bola sepak Malaysia.



Sudah banyak kes disebabkan pengadil menyebabkan perlawanan yang sepatutnya bersih dari sebarang kekacauan berubah menjadi panas membara.



Pengadil sebenarnya perlu menjadi orang paling adil diatas padang tetapi ada sebilangan daripada mereka sebaliknya mencetuskan kerosakan dalam satu-satu perlawanan.

Namun, malang sekali tiada tindakan berkesan yang dilakukan FAM untuk mengatasi keadaan referee yang dilihat sangat buruk prestasi diatas padang.

Malah FAM mengambil pula tindakan keras keatas pihak yang mengkritik pengadil perlawanan dengan hukuman berat dan tidak masuk akal.

Benar mereka perlu melindungi kredibiliti pegawai pertandingan tetapi kalau boleh jangan terlalu membabi buta menerima bulat-bulat laporan yang dihantar penilai.

Pihak jawatankuasa pertandingan dan pengadil didalam FAM perlu turun padang dengan segera untuk melihat sendiri apa sebenarnya kelakuan pengadil sehinggakan banyak keputusan yang dilakukan dipertikaikan oleh para penyokong pasukan di negara kita.

Jangan dulu kita kritik pengadil luar ekoran tindakan tidak adil kepada pemain Malaysia tetapi kita menutup mata dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengadil kita sendiri.

Jika Kedah sudah menerima akibat besar ditunjuk jalan keluar disebabkan keputusan pengadil perlawanan, kini Kelantan pula menerima nasib sama dengan pasukan yang berpengkalan di utara tersebut.

Sebelum ini turut dilaporkan dari banyak pasukan bahawa pengadil liga kita makin tidak realistik dan tidak konsisten ketika membuat keputusan.

Liga Malaysia semakin meningkat maju dengan banyak pembaharuan dan penambahan penajaan dari syarikat korporat tetapi sayang, pegawai perlawanan yang dihantar untuk mengadili sesuatu perlawanan semakin buruk dari hari ke hari.

Kalau tidak dikawal dengan cepat, amat malang sekali kerana Liga M kita kini mula menuju era kebangkitan selepas lama menjunam kebawah.

Kita tidak mahu pengadil yang sepatutnya menjadi orang yang mengawal perlawanan supaya berlangsung tenang bermain dengan emosi pemain dan penonton sehinggakan berlakunya banyak insiden yang tidak sepatutnya. -RedsfcNews-

Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBNST) Sila Buat Penjelasan.


Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBNST) digesa membuat penjelasan segara akan beberapa kekeliruan yang berlaku ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia melibatkan Terengganu dan Kelantan, malam tadi.



Didada akhbar mereka umumkan kapasiti stadium hanya untuk 10 000 penyokong tetapi yang hadir dilihat lebih ramai dari jangkaan pihak persatuan menyebabkan banyak perkara tidak elok berlaku.



Paling tidak boleh diterima, mengapa mereka menjual tiket-tiket tidak berkaitan dengan perlawanan seperti pertemuan Terengganu dengan Sime Darby (Astaka), PKNS FC dan Kelantan untuk saingan Liga Super.



Adakah berlaku penyelewengan atau pihak PBNST mahukan keuntungan berlipat kali ganda dari yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Atau juga mereka cuba lari dari membayar levi dengan jumlah besar kepada FAM menyebabkan mereka menggunakan lebihan tiket perlawanan lalu untuk dijual kepada para penyokong yang hadir.


Selain itu, pihak RedsfcNews juga mahu satu penjelasan mengapa sebilangan penyokong Sang Kijang mendakwa tidak dapat masuk ke dalam stadium setelah membeli tiket perlawanan Liga Super Terengganu dan Kelantan bertarikh 6.6.2011.

Justeru itu, RedsfcNews mahukan satu siasatan dilakukan pihak PBNST dengan segara untuk menjawab segala kekeliruan.

Kami juga mahukan FAM menyiasat PBNST kerana tindakan mereka tersebut dilihat cuba menganiayai para penyokong Kelantan yang datang dari jauh.

Pihak The Red Warriors tidak boleh menerima tindakan yang dilakukan piahk pasukan bola sepak Terengganu kerana kekeliruan yang dicetuskan mereka menyebabkan ramai penyokong tersekat dari masuk kedalam stadium. -RedsfcNews-

Polis Tahan Dua Suspek Kes Bunuh Ahli Perniagaan


KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli perniagaan di sebuah kebun pisang di Kampung Kubang Palas, dekat sini enam hari lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-dua suspek berbangsa Melayu berumur 31 dan 35 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang, pada Ahad, di Jalan Tengku Petra Semerak, dekat sini.
"Kedua-dua suspek itu yang merupakan rakyat tempatan dan bekerja sendiri ditahan Pasukan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hasil maklumat orang awam. "Mereka, yang tidak memiliki rekod jenayah lampau, direman selama enam hari bermula hari ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Beliau berkata susulan penahanan itu, polis merampas tiga kenderaan, iaitu dua di Kota Bharu dan satu di Jerteh, Terengganu yang disyaki digunakan dalam kes pembunuhan itu.
Mazlan berkata kedua-dua suspek dipercayai diupah individu lain untuk melakukan pembunuhan itu dan polis sedang memburu tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
"Hasil siasatan awal, kita dapati kes itu mungkin bermotifkan hutang. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Kontraktor dan penjual barangan binaan, Saw Yee Siang, 57, yang beralamat di Tumpat, ditemui mati dengan tangannya terikat dan kepala dibungkus kain di sebuah kebun pisang di Kampung Kubang Palas, Binjai dekat sini.- BERNAMA

Hukuman Tatatertib Terhadap Tujuh Peguam Syarie Kekal


KOTA BAHARU: Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan pada Isnin mengekalkan hukuman tatatertib terhadap tujuh peguam syarie di negeri ini oleh Jawatankuasa Kelayakan dan Tatatertib Peguam Syarie Kelantan pada Mei lalu.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria yang bertindak sebagai pengerusi mahkamah berkenaan memutuskan tindakan jawatankuasa itu terhadap tujuh peguam tersebut adalah tepat dan tidak menyalahi peruntukan undang-undang serta hak asasi.
"Dengan itu kami berpendapat tidak ada penyalahgunaan hak asasi dan menyalahi prosedur dalam budi bicara jawatankuasa itu.
"Mahkamah mendapati hukuman (jawatankuasa itu) adalah setimpal dan tidak terlalu berat dan dengan itu hukuman berkenaan adalah dikekalkan," katanya ketika membacakan keputusan penghakiman itu.
Ariffin berkata kesemua perayu juga telah diberi dua kali peluang untuk membela diri iaitu melalui representatif dan juga dipanggil bertemu jawatankuasa itu sebelum dijatuhkan hukuman tatatertib.
"Soal pelantikan hakim tidak perlu dipertikaikan kerana ia akan diperhatikan rakyat yang dikhuatiri akan menimbulkan persepsi kurang baik," katanya.
Tujuh peguam berkenaan yang dikenakan tindakan tatatertib itu adalah Che Rosmah Mohamed Zain, Zati Bayani Mohamad Azmi, Mohd Zaki Zainal Abidin, Suhaila Ibrahim, Naimah Saupi, Nasuuha Ismail dan Rosniza Mohamad.
Jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pada 15 Mei lalu telah mengenakan tindakan menggantung tiga bulan daripada mengamalkan profesion guamannya terhadap Che Rosmah manakala enam yang lain itu telah dikenakan tindakan celaan.
Mereka itu dikenakan tindakan berkenaan kerana mempertikaikan pelantikan bekas Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan pada Januari lalu.
Kesemua peguam berkenaan diwakili peguam Noor Azham Yahaya dan Alawi Mohd Rashid manakala responden iaitu jawatankuasa berkenaan diwakili Nik Baharom Nik Abdullah.
Mohd Isa Mohd Ralip pula bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili Persatuan Peguam-peguam Syarie Malaysia.
Selain Ariffin, dua lagi hakim yang turut bersidang adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Anggota Jemaah Ulama Kelantan, Wan Hassan Wan Mohammad. -BERNAMA
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab KTV Sport News. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman