KOTA BHARU, 10 OKT - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kelantan Kreatif akan menganjurkan pertandingan fotografi, klip video dan poster grafik, ianya terbuka kepada semua kaum secara percuma.
Pertandingan Fotografi, KlipVideo dan Poster Grafik (KREATIF) merupakan satu pertandingan bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej. Ia diadakan bersempena 21 tahun pemerintahan kerajaan negeri Kelantan “Membangun Bersama Islam”.
Pertandingan ini akan memberi peluang kepada para peserta yang ingin menyertai pertandingan, berusaha menghasilkan satu hasil yang akan dikongsi bersama untuk tatapan rakyat Kelantan dan Malaysia umumnya.
Objektif pertandingan adalah untuk memupuk minat dan kreativiti di kalangan rakyat melalui ICT.
serta mencetus keterujaan dikalangan rakyat terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif.
Pertandingan anjuran kerajaan Negeri Kelantan ini akan bertemakan Membangun Bersama Islam, Kelantan Menerajui Perubahan, Kelantan Negeri Berkebajikan, Anak Muda Kelantan Bermaruah dan Spirit Of New Generation Revolution.
Pertandingan akan dihakimi oleh Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Jabatan Media UM), Pete Teoh (Penerbit Klip Video ’Undilah’) serta Kuku Besi. Banyak hadiah-hadiah menarik disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.dan Kelantan Kreatif bagi pertandingan ini

Bagi pertandingan fotografi hadiah pertama adalah wang tunai berjumlah RM700.00,hadiah misteri berserta iPad. Hadiah kedua RM500.00. hadiah ketiga RM400.00 dan sepuluh hadiah saguhati bernilai RM100.00 setiap seorang
Pertandingan klip video pula hadiah pertama wang tunai berjumlah RM1000.00,hadiah misteri berserta iPad, Kedua RM800.00. hadiah ketiga RM500.00 dan lima hadiah saguhati bernilai RM200.00 setiap seorang
Dan bagi pertandingan poster kreatif hadiah pertama adalah wang tunai berjumlah RM500.00,hadiah misteri berserta iPad. Hadiah kedua RM400.00 serta bagi hadiah ketiga RM300.00 dan sepuluh hadiah saguhati bernilai RM100.00 setiap seorang
Untuk menyertai pertandingan ini, anda bolehlah mengisi borang yang telah sediakan dilamam web Kelantan Kreatif http://kelantankreatif.com/ Sila muat-turun, isi, kemudian hantarkan kepada pihak kami melalui alamat yang tertera di borang tersebut.Tarikh tutup pertandingan 3.11.2011 hantar cepat sebelum terlambat
oleh ; Puji KTV
Kelantan TV News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan