KUALA LUMPUR, 22 Okt: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berharap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Beliau menyatakan demikian dalam SMS yang dihantar kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, pagi ini. Ini, katanya kerana Dr Aziz belum disabit kesalahan. Bagaimanapun, beliau berkata itu hanya pandangannya dan menghormati autonomi universiti. Beliau antara lain menyebut telah membaca surat tunjuk sebab universiti kepada Dr Aziz dan mendapati kandungannya tidak sesuai. Baginya, seksyen 15(1) yang digunakan UIA terhadap pakar undang-undang itu adalah tidak menggunakan pertimbangan yang baik, lagipun Dr Aziz tidak dipanggil sebelum surat tunjuk sebab itu dikeluarkan. Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh juga berharap pihak UIA tidak mengambil tindakan terhadap para mahasiswa yang mengadakan demonstrasi membantah penggantungan Dr Aziz selepas solat Jumaat, semalam di pekarangan masjid UIA. Harakahdaily |
22 Oktober 2011
Aziz Bari: Timbalan menteri harap UIA tarik balik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab KTV Sport News. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan