KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan 21 Oktober ini
cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara
pasukan negeri itu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20
Oktober di Shah Alam.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.
“Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke
Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan
selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak
berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” ujar beliau.
Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika
menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat
sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.
Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam
tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu
dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu
Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti
peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di
bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri
Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali
ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri
namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan