25 September 2013
Operasi Piramid 2: Sumbangan RM1000 untuk pelajar Mesir
Kerajaan Negeri kelantan dalam mesyuarat Exco pagi tadi telah memutuskan untuk memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada 370 orang pelajar Kelantan yang terlibat dengan Operasi Pyramid 2 baru-baru ini.
Ia bertujuan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang terpaksa membeli tiket dan membuat persiapan yang lain bagi pulang semula ke Mesir. Para pelajar boleh membuat tuntutan bermula pada 3hb Oktober 2013 di pejabat Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) -kaedah pembayaran ini tertakluk kepada perubahan dan akan dimaklumkan nanti.
Sumbangan ini diberikan hanya kepada pelajar yang dibawa balik dalam Operasi Piramid 2 dan telah membeli tiket untuk pulang menyambung pelajaran ke mesir sahaja.
Diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa demi memastikan pendidikan anak-anak Kelantan terjamin.
YB Dato' Dr Mohamed Fadzli B Dato Hj Hassan,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,
Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Kelantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab KTV Sport News. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan