20 Februari 2014
Video MB Kelantan @ kebakaran Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 19 Feb Sederet enam rumah kedai hangus dalam kebakaran di Jalan Nara di sini, Selasa malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata, rumah kedai terbabit ialah kedai makan, kedai plastik, kedai komputer, kedai menjual tudung, kedai membaiki televisyen dan stor alat perabut.
Katanya 22 anggota bomba termasuk dari Kota Baharu dan Machang bersama tujuh jentera bekejar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.30 malam.
"Lima daripadanya ialah kedai setingkat yang dibina daripada kayu manakala sebuah kedai dua tingkat," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Beliau berkata, kesemua pemilik dan pelanggan yang berada di dalam premis terbabit sempat menyelamatkan diri, namun peniaga gagal menyelamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat.
Sementara itu, pemilik kedai makan, Mohd Shamsul Haimi Kassim, 31, berkata, ketika kejadian beliau sedang melayan pelanggan dan terdengar beberapa letupan kuat.
"Apabila saya keluar dari kedai, kelihatan api mula membakar di bumbung kedai dan saya tidak sempat berbuat apa-apa lalu menyuruh pelanggan keluar untuk menyelamatkan diri," katanya. -Bernama
19 Rabiul Akhir 1435H/ 19 Februari 2014M
KelantanTV: Tepat dan Informatif
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab KTV Sport News. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan