- Written by S Najman
Justeru Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan bajet RM6 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan tersebut.
Bercakap kepada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi peringkat Negeri Kelantan, Menteri Besar Ustaz Dato Ahmad Yaacob memberitahu media, sebanyak RM6j bajet telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan pembelian lori-lori pemungut dan tong-tong sampah.
"Kami telah meluluskan sebanyak RM6juta untuk Pihak Berkuasa Tempatan membeli lori dan tong-tong sampah."
"Di peringkat Exco Kerajaan Tempatan
juga, perbincangan-perbincangan telah dilakukan bagi mengadakan program
untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam hal ini."
Beliau tidak menafikan isu kebersihan
adalah perkara lama yang sering dibangkitkan di negeri ini, dan
bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, Kelantan juga bakal
menerima kunjungan pelancong-pelancong samada dari dalam mahupun luar
negeri. Justeru, tahap kebersihan dan kesihatan di negeri ini adalah
sesuatu yang amat penting dan dinilai.
Beliau turut berharap agar rakyat
bersama-sama di dalam agenda membersihkan dan mengindahkan Kelantan
dengan mengambil sikap cakna terhadap kebersihan.
"Kerajaan negeri sentiasa berbincang
untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan di negeri ini. Kami
juga berharap agar rakyat mengubah sikap ke arah yang lebih baik dan
cakna."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan