- Written by S Najman
Foto Zam Zamani MZ
Pengkalan Chepa -
"Kerajaan Negeri Kelantan mengalu-alukan kedatangan pelancong dari luar
dan rakyat Kelantan sendiri ke negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia
2014."
Bercakap kepada sidang media di selepas
merasmikan Majlis Sambutan Visit Malaysia Year 2014 di Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa semalam, Menteri Besar, Ustaz Dato
Ahmad Yaacob mengumumkan beberapa program diatur oleh Tourism Malaysia
dengan kerjasama TIC sempena Tahun Malaysia Malaysia 2014 peringkat
Negeri Kelantan.
Beliau yang turut menyambut ketibaan
pelancong di lapangan terbang tersebut menegaskan Kelantan meraikan
program-program kesenian dan kebudayaan yang selaras dengan syariat
Islam.
"Kerajaan Negeri Kelantan melihat seni
budaya adalah sesuatu yang perlu ditegakkan cuma memerlukan garis
panduan. Jika sesuatu budaya bercanggah dengan syariat dan tidak
berpijak di bumi nyata, kerajaan akan menghentikannya. Sebagai contoh,
wayang kulit yang megandungi unsur-unsur syirik dan pemujaan adalah
diharamkan. Namun sekiranya penggiat budaya tersebut menukar visi wayang
kulit ke arah membina kesedaran, dan menyampaikan mesej-mesej mendidik,
kami tiada masalah untuk membenarkan.
"Apa sahaja yang tidak bercanggah dengan konsep Membangun Bersama Islam, tiada masalah."
"Sekiranya makyong mahu ubah mesej, juga kami terima."
"Mengenai pergaulan bebas sewaktu persembahan juga akan dikawal oleh pihak kerajaan negeri."
Walaubagaimanapun, menurut beliau,
kerajaan negeri tidak menghalang kegiatan-kegiatan seni ini dilakukan
oleh orang bukan Islam. "Kita memberi peluang kepada rakyat Kelantan
bukan Islam untuk menganjurkan aktiviti sebegini, seperti mana yang
dibuat di rumah-rumah agama mereka ('ketik')."
Sempena dengan Tahun Melawat Malaysia
2014 ini juga Kerajaan Negeri Kelantan menggiatkan program-program
pembentukan sikap cakna terhadap kebersihan dan kesihatan di kalangan
rakyat melalui program-program yang dirancangkan bersama antara Exco
Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Foto Zam Zamani MZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan