PENGKALAN CHEPA, 17 Nov - Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini menyatakan mereka akan terus menyokong penuh perjuangan PAS.
Memegang terus tagline 'PAS For All', DHPP memuji usaha yang dilaksanakan Lajnah Perpaduan Nasional PAS dalam memartabatkan penubuhan dewan itu.
Katanya, sebelum penubuhan kelab
penyokong PAS pada 2008 lagi, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada PAS
untuk menakut-nakutkan golongan bukan Islam mendekati parti itu.
Beliau yang mewakili sayap baru dalam
PAS itu memberitahu, mereka (ahli DHPP) selalu dimomokkan dengan paksaan
pertukaran agama, ketiadaan tempat ibadat sekiranya terus menyokong
PAS.
DHPP yang dinaik taraf daripada Kelab
Penyokong PAS pada 23 Mei 2010 telah menetapkan objektif utamanya adalah
merapatkan hubungan di antara kaum untuk memurnikan maklumat kepada
golongan bukan Islam.
Sedia membantu PAS dalam menghadapi
pilihan raya umum akan datang, DHPP meminta PAS menyenaraikan dewan itu
sebagai jentera yang turut sama membantu kemenangan PAS.
"DHPP bersedia menjadi tentera perjuangan Islam, kerana kami faham Islam untuk semua,
"Panggillah kami (DHPP) turun sama bantu... kami faham kerana kami sudah ditarbiahkan," tegas beliau lagi.
Jabatan IT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan