PENGKALAN CHEPA, 16 Nov
- PAS tidak mendapat liputan yang adil dalam media arus perdana adalah
faktor sabotaj yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk terus
kekal sebagai kerajaan pusat.
"Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS
pula hanya dihadkan kepada ahli dan tidak diberikan permit keluaran
harian," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Dalam sidang media selepas menyampaikan
ucapan dasar muktamar pagi tadi, Abdul Hadi menyatakan yang PAS siap
meningkatkan penyampaian maklumat bagi menghadapi pilihan raya umum
ke-13 menggunakan .
Menjawab persoalan media berkenaan persiapan PAS menghadapi pilihan raya akan datang, Presiden PAS itu menjelaskan,
"Walau pun masih belum sempurna dalam
penyampaian maklumat kepada rakyat, anak-anak muda yang bekerja di
bandar membantu menjadi agen PAS bagi menyampaikan maklumat," jelasnya.
Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan
perubahan berlaku di kalangan rakyat sehingga menyebabkan PAS dan
Pakatan Rakyat berjaya menawan empat buah negeri.
Perubahan ini turut berlaku di kawasan yang sukar mendapat maklumat terutamanya di kawasan pinggir bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan