PENGKALAN CHEPA, 17 Nov
- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan satu
aplikasi untuk ahli PAS yang menggunakan smartphone di muktamar tahunan
parti itu.
Aplikasi yang dikenali sebagai PAS Touch
n Get (TnG) itu dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat boleh dimuat
turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG.
Tujuh menu disediakan dalam aplikasi itu ialah Berita, Kenali PAS, Aktiviti PAS, Webtv, Facebook, Twitter, dan Extra.
Dalam
menu berita mengandungi berita Harakah, berita mengenai PAS Pusat,
Ulamak PAS Pusat, Pemuda PAS Pusat, Muslimat PAS Pusat, Presiden PAS.
Portal seperti Tranungkite,
Malaysiakini, Keadilan Daily, Bernama, Islam Online, dan Al-Jazeera
boleh diakses menggunakan aplikasi ini.
Dalam menu Kenali PAS mengandungi
sejarah, misi, visi, perlembagaan, pimpinan, keahlian, lagu rasmi,
hubungi, direktori Pejabat PAS Negeri dan Kawasan.
Dalam menu WebTV mengandungi semua chanel Web tv PAS.
Dalam menu Facebook dan Twitter pula
semua ahli PAS Pusat, Ulamak Pusat, Pemuda Pusat, Muslimat Pusat,
Harakah Daily, Mursyidul Am, dan Presiden PAS boleh diakses.
Akhir sekali, menu Extra mengandungi bahagian semakan pemilih, A-Mathurat, Hadith Arbain, Doa Harian, dan Buku Jingga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan