IPOH: Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel)
maut manakala empat lagi rakan sekerja mereka cedera selepas dirempuh
sebuah treler yang membawa muatan coklat di Kilometer 294.1 Lebuhraya
Utara-Selatan dekat Gopeng, awal hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahalan berkata kemalangan
berlaku pada 4.30 pagi ketika lapan pekerja Propel itu sedang
menjalankan kerja penyelenggaraan di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
Sebelum itu, treler dari arah Johor Bahru ke Ipoh yang hilang kawalan
itu merempuh kereta Proton Iswara, MPV Mitsubishi Triton, van dan lori
kecil milik pekerja Propel itu yang diletak di lorong kecemasan sebelum
melanggar lapan pekerja terbabit, katanya pada sidang akhbar di sini,
hari ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan