02 November 2012

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bebankan Rakyat?


Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System
(AES) yang telah dilancarkan baru-baru ini memang ada pro dan kontra
untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas dan juga mengurangkan
kemalangan di jalanraya tetapi yang menjadi persoalannya sekarang
adakah ianya benar-benar membantu atau membebankan rakyat.
Mungkin sekiranya digunakan secara betul dan bertanggungjawab, boleh
jadi ianya membantu mengurangkan kesalahan lalu lintas tetapi
sekiranya disalahgunakan semata-mata untuk mencari keuntungan hasil
dari mendenda rakyat sudah pasti rakyat akan jadi mangsanya.

Dengan adanya AES ini pengguna jalanraya akan lebih berhati-hati untuk
mengelak dari disaman tetapi adakah ianya akan memberi kesan kepada
pengguna jalanraya yang memang jenis degil dan sukar untuk mengubah
tabiat mereka yang suka memandu laju.
Sepatutnya rakyat kita dididik dari peringkat awal persekolahan lagi
agar sentiasa berdisiplin di jalanraya. Mungkin sistem jalanraya kita
juga salah satu punca menyebabkan pemandu terasa tertekan.
Kita selalu mendengar cara kerajaan untuk mendidik rakyat adalah
dengan mendenda, adakah dengan mendenda ratusan ringgit atau ribuan
ringgit dapat mengubah sikap seseorang menjadi pemandu jalanraya yang
berdisplin?

Apa punca yang menyebabkan mereka menjadi begitu? Perkara ini patut
dikaji semula oleh pihak yang bertanggungjawab agar rakyat Malaysia
boleh jadi pemandu yang berdisplin dan berhemah suatu hari nanti
sekiranya ada satu mekanisme yang boleh membantu rakyat Malaysia dalam
hal yang berkaitan dengan displin di jalanraya.
Denda dengan ratusan ringgit sehingga ribuan ringgit hanya menguntung
sebelah pihak saja sedangkan yang akan jadi mangsa adalah rakyat
bawahan. Inilah salah satu punca mengapa rakyat menentang cara
perlaksanaan sistem (AES) bagi pesalah kecil.
Denda secara ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah kemalangan di
jalanraya tetapi perlu cari keadah yang terbaik dan berkesan untuk
mendidik rakyat Malaysia supaya berdisplin di jalanraya.
Kita mencadangkan kepada kerajaan atau kabinet boleh meluluskan suatu
undang-undang khidmat masyarakat bagi  pesalah kecil selama beberapa
jam atau hari sebagai alternatif kepada hukuman penjara atau denda.
Mungkin dengan cara ini mereka akan merasa lebih bertanggungjawab dan
dapat mendidik mereka supaya lebih berdisplin di jalanraya.
Tanpa mengira golongan kaya, berpangkat, dan golongan yang kurang
berkemampuan semua pihak yang melakukan kesalahan akan didenda dengan
cara memberi khidmat masyarakat mengikut jenis kesalahan kecil yang
mereka lakukan dan ini akan memberi pengajaran kepada mereka dari
hasil kerja khidmat masyarakat tersebut.

Kalau dibandingkan dengan denda yang ada sekarang bagi golongan kaya
atau yang berkemampuan sudah pasti masalah bayaran tidak akan menjadi
suatu bebanan kepada mereka tetapi bagi orang awam yang kurang
berkemampuan sudah pasti ini akan jadi masalah dan beban bagi mereka.
Kita mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula sistem denda yang
diamal sekarang kepada suatu sistem yang boleh mendidik dan
menyedarkan rakyat supaya lebih berdisplin dan bertanggungawab semasa
memandu di jalanraya.
Mungkin cadangan ini tidak mendatangkan hasil dan keuntungan kepada
sesuatu pihak tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan
perihatin dengan masalah rakyat mereka seharusnya mengutamakan
kebajikan rakyat dari pihak kapitalis yang lebih mengutamakan
keuntungan semata-mata.
Memang tidak dinafikan ada pro dan kontra dengan AES ini tetapi
sekiranya disalahgunakan sudah pasti rakyat yang akan menanggungnya.
Semoga pihak kerajaan dapat memikirkan semula sistem ini dengan
memberi keutamaan dan keselamatan rakyat dengan membuat satu perkara
yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat bukannya membebankan rakyat.

Jofri Jaraiee

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hapuskan umno mamposlah AES.ini dasr umno haprak.Duit eakyat diutamakan menepati slogan najis gila itu

Tanpa Nama berkata...

semoga pilihanraya ini UMNO tumbang bersama-sama tumbangnya AES.JPJ sudah jadi hamba gila babi umno.Patut tukar nama jabatan peragut jalanan..Pengarah dan timbalan pengarah jpj tu otak sudah gila tahap gambang.Woi kalu saman diswastakan bukan nak mendidik tapi mahu sapu duit rakyat.RM 16 satu saman tak ke gila tu.tu yang pasang kamera celaka tu kat kawasan 30 dan 60 gurantee dapat pelanggan.ini kerja kerajaan sial umno/bn.itu yang najib jadi najis.

Tanpa Nama berkata...

tahniah negeri PR bukan tangguh tapi jangan benarkan pemasangan kamera sial ini di negeri anda.Tentang dan tentang dasar yang menyusahkan rakyat marhaein ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab KTV Sport News. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman