Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jumlah tersebut membuktikan keunikan budaya Kelantan mampu menarik kedatangan pelancong ke sini.
“Walaupun tahun ini bukan Tahun Melawat Kelantan (TMK), namun kita berjaya menarik kira-kira 773,000 pengunjung ke negeri ini sehingga Februari lalu, dan jumlah itu hampir menyamai tahun lalu, iaitu 798,000,” katanya.
Takiyuddi berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Kenderaan Klasik Kelantan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam.
Menurutnya, kerjasama semua pihak membantu kerajaan negeri menarik seramai mungkin pelancong ke Kelantan dan Malaysia.
Beliau berkata, Kelantan mempunyai potensi besar untuk menarik kedatangan pelancong, sama ada dari aspek keramahan dan nilai-nilai murni masyarakatnya.
Mengulas festival berkenaan yang diadakan sempena Karnival Seni Budaya 2013, Takiyuddin berkata, kira-kira 2,000 kenderaan klasik dari seluruh negara terlibat dalam program dua hari itu.
Menurutnya, lebih membanggakan ia turut menarik perhatian persatuan kenderaan klasik Thailand apabila turut menghantar kira-kira 40 kereta klasik menyertainya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Karnival Seni Budaya merupakan program tetap dalam kalendar pelancongan negeri selain pertandingan-pertandingan kesenian lain yang dibuat daripada masa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan