
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, jasa Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dalam perkhidmatannya akan dikenang sampai bila-bila.
"Saya amat merasa sedih atas insiden pembunuhan kejam Allahyaraham Datuk Shaharuddin Ibrahim.
"Lebih menyedihkan almarhum Datuk Shaharuddin adalah merupakan anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan.
"Bagi pihak PAS Negeri Sembilan saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada balu Allahyarham Datuk Shaharuddin, Datin Rahimah Ibrahim yang amat dikenali di kalangan warga pendidik dan guru di Seremban ini," katanya dalam satu kenyataan.
Allahyarham Shaharuddin, 58, ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.
Solat janazah di Masjid Putrajaya dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.
Saya merasa sangat terkejut dengan peristiwa pembunuhan Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya pagi ini. Negara kehilangan seorang pegawai berdedikasi yang bertugas memerangi jenayah. Saya berharap warga kastam tidak patah semangat untuk terus melaksanakan tugas mereka.
Saya berharap pihak berkuasa memandang berat insiden ini dan dapat mengesan pihak terlibat dengan segera.
Ini juga menunjukkan Putrajaya juga tidak selamat seperti yang diharapkan. Saya ragu-ragu samada sistem CCC (communication control n command) dengan jaringan cctv benar-benar berfungsi atau tidak.
Sekali lagi saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan juga semua warga kastam seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan